Nikmati keselesaan seperti di rumah sendiri di Kota Bharu dengan kemudahan lengkap dan moden serta lokasi strategik berdekatan AEON Mall KB, KPTM dan juga UiTM Kampus Kota Bharu. Sesuai untuk percutian keluarga, urusan kerja, atau singgah seketika. "Kini dibuka untuk tempahan untuk penginapan pada bulan 8/2025"
Terletak berhampiran dengan kemudahan awam seperti pasaraya (AEON Mall, Lotus Supermarket),kedai serbaneka (7E, E-Mart), restoran (Wing Solo Ayam Penyet, Nasi Kandar Suriani), kedai dobi , stesen minyak, cafe (ZUS, Nasken, Atas Cafe) atau tempat menarik pelancongan. Mudah diakses dan menjimatkan masa tetamu untuk ke destinasi utama.
Televisyen, penghawa dingin, dapur memasak, mesin basuh, peti sejuk,pemanas air, seterika, dan tempat letak kereta percuma. Semua keperluan harian tersedia untuk keselesaan maksimum. Selain itu terdapat gimnasium, tempat permainan kanak-kanak, dewan badminton untuk bersukan dan beriadah.
Dilengkapi perabot lengkap, katil empuk (2 katil queen yang dilengkapi penghawa dingin dan 1 single), bilik yang luas serta suasana bersih dan terjaga. Tetamu akan rasa seperti di rumah sendiri.
Penginapan bebas gangguan dengan sistem keselamatan 24 jam yang baik. Sesuai untuk keluarga, pasangan atau tetamu korporat yang mahukan ketenangan dan privasi.
🌴 Homestay Bergaya Moden – Lokasi Premium, Kemudahan Lengkap 🏡
📍 Terletak di lokasi strategik Lembah Sireh, Kota Bharu — hanya beberapa langkah dari AEON Mall, Lotus's, KPTM, 7-Eleven, E-Mart, dan pelbagai kedai makan popular seperti nasi kandar. Lengkap dengan kemudahan moden seperti klinik, dobi layan diri, dan akses mudah ke tebing Sungai Kelantan sekiranya ingin menikmati suasana sunset atau pun makan-makan di tepi sungai.
Ingin bercuti dengan suasana yang tenang dan penuh gaya? Homestay ini menawarkan:
✨ Reka bentuk moden dan kontemporari yang memukau
🛏️ 3 bilik + 2 bilik air, dapur lengkap
🍽️ Ruang makan & dapur lengkap
🌿 Suasana menenangkan menghadap sungai Kelantan
📸 Sesuai untuk percutian keluarga, gathering, atau photoshoot!
✅ Tempat letak kereta tersedia
✅ Privasi dan keselamatan terjaga
📞 Tempah sekarang sebelum penuh!
--- Artikel terkini daripada kami ---