Syarat dan Peraturan Homestay Asmanira Sireh

  1. Syarat dan peraturan ini digunakan untuk semua kontrak antara HOMESTAY ASMANIRA SIREH dan penyewa. Ia sah untuk semua tempahan, perjanjian sewa, dan kemudahan yang disediakan.
  2. Penyewa wajib membaca dan memahami syarat ini. Ia merupakan sebahagian daripada kontrak bersama bayaran deposit.
  3. Bayaran sewa hendaklah dicatat secara bertulis/cetak oleh pihak homestay. Jika tiada bayaran tambahan, kadar sewa asas yang dipersetujui perlu dipatuhi.
  4. Kadar sewa asas boleh berubah dari semasa ke semasa.
  5. Deposit yang dibayar sekiranya diminta akan dikembalikan secara bank transfer.
  6. Bayaran sewa adalah secara online banking (ToyyibPay) atau QR code sahaja seperti yang dipaparkan di blog ini. Sekiranya ingin membuat bank transfer, sila minta no akaun daripada kami
  7. Daftar masuk: 3.00 petang. Daftar keluar: 12.00 tengahari. Penalti RM10/jam jika lewat. Caj satu malam jika keluar selepas 8.00 malam.
  8. Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan kemalangan diri/tanggungan. Tiada tuntutan boleh dibuat terhadap pihak pengurusan.
  9. Pastikan rumah dikunci apabila ditinggalkan. Pihak homestay tidak bertanggungjawab atas kehilangan akibat kecuaian penyewa.
  10. Gunakan kemudahan secara berhemah. Sebarang kerosakan akibat kecuaian perlu diganti rugi oleh penyewa. Sekiranya terdapat barang Homestay yang hilang, penyewa perlu membuat bayaran gantirugi dengan jumlah kos yang bersesuaian yang ditentukan oleh pihak pemilik homestay D'Sireh Kota Baharu.
  11. Dilarang merokok di dalam homestay (ruang tamu, bilik, dapur, tandas, dll).
  12. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dalam premis.
  13. Aktiviti tidak bermoral seperti minum arak dilarang sama sekali. Kegagalan boleh menyebabkan pembatalan penginapan tanpa bayaran balik.
  14. Penyewa perlu menghormati jiran dan tidak membuat bising.
  15. Menjemur pakaian hanya dibenarkan di ruangan dobi ( sebelah dapur) kerana arahan pengurusan. Sila patuhi syarat ini.
  16. Bilangan maksimum yang dibenarkan adalah 7 orang sahaja. Sekiranya terdapat melebihi daripada jumlah maksimum, pihak Homestay berhak membatalkan tempahan.
  17. Pihak homestay berhak mengubah mana-mana peraturan ini tanpa notis awal.